Saturday, February 11, 2012

Petua Mengatasi Kulit Pecah dan Merekah









Petua Mengatasi Kulit Pecah dan Merekah

Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu untuk mendapat kesan yang memuaskan.
Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yang merekah pada permukaan simen yang kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Sewaktu menggosok tumit pada simen, jangan terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Jika ingin jalan yg mudah di sebabkan faktor kurang ada masa dgn cara tradisional di atas..amalkan Actizen Foot Mask...sekali penggunaan sudah ada perubahan

KEMATU ....OH KETUAT




Punca Kematu

Pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan.

Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki.

Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan.

Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.

KESIHATAN KAKI : RAHSIA TAPAK KAKI -


Rahsia tapak kaki
Kesihatan KAKI

MUNGKIN kerana kedudukannya yang paling bawah, ia adalah anggota tubuh terakhir atau langsung tidak mendapat perhatian sebahagian besar daripada kita.

Tetapi, kita terlupa. Pada bahagian paling bawah inilah, dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan - kaki.

Tugas dan tanggungjawabnya juga bukan calang-calang. Seluruh `berat badan' dibebankan kepadanya. Ia juga umpama `kenderaan' paling selamat yang membawa kita ke mana saja.

Sebab itulah, ada pendapat yang mengatakan, jika kaki anda sihat, maka kesihatan tubuh secara keseluruhan juga terjamin.

Malangnya, berapa ramai yang mengambil berat tentang kesihatan kaki, seperti kita `menjaga' lain-lain anggota tubuh?

Sebaliknya, saban hari, kita telah dan terus `menindas' kaki dengan banyak cara. Antaranya, menyarung kaki dengan kasut yang tidak begitu sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya.

"Lama-kelamaan, jika keadaan ini dibiarkan, kaki akan mengalami tekanan berlebihan."

"Kesannya, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang," kata Pakar Runding Podiatri, Pusat Penjagaan Kesihatan Komplementari Datuk Paduka Saleha, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Mark Reyneker.

Menurut beliau, sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. Bagaimanapun, berita baiknya, ia ada penawar.

Tetapi, tidak ramai yang benar-benar faham atau ambil peduli apabila fungsi kaki mereka terjejas. "Sebab itulah, mereka terus memilih untuk hidup dalam ketidakselesaan atau membiarkan diri dalam kesakitan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik kasut terkemuka, di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.

Menurut Reyneker, sebilangan orang tidak menghidap penyakit yang serius, tetapi mereka berasa tidak selesa setiap kali berjalan atau berdiri terlalu lama.

Malah, pada masa yang sama, tidak kurang yang merungut kerana gagal mendapat kasut yang sesuai dengan pelbagai alasan.

Sehubungan itu, selain rawatan perubatan, hanya kasut yang dilengkapi dengan alat sokongan dan kusyen yang sesuai dapat membantu merawat masalah kaki.

ANTARA JENIS MASALAH KAKI:

- Rengsa pada otot-otot labu betis kaki
Individu yang menderita masalah ini biasanya mengadu rasa sakit teramat sangat apabila mereka mula memijak lantai selepas bangun tidur.

Atau, beberapa langkah pertama selepas duduk dalam jangka masa yang lama. Rasa sakit ini berkurangan apabila melakukan aktiviti.

Otot-otot labu betis terletak pada bahagian belakang kaki hingga ke tumit. Masalah ini boleh menjadi semakin serius dengan pelbagai aktiviti yang menyebabkan tekanan pada tendon.

Biasanya ia dihadapi oleh atlet terutama pelari jarak jauh. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah pemilihan kasut yang salah, kecederaan pada tendon dan kecacatan tulang tumit.

- Bunion
Bengkak pada sendi antara ibu jari kaki dan tulang metatarsal pertama. Benjolan yang timbul ini menyebabkan ibu jari kaki tertolak ke jari kaki yang lain.

Bagaimanapun, masalah yang paling kerap dialami oleh hampir kebanyakan wanita ini disebabkan pemakaian kasut yang ketat.

Selain itu, ia juga disebabkan radang sendi dan kelainan pada fungsi kaki.

Antara gejalanya ialah radang, pembengkakan dan kesakitan pada sisi permukaan ibu jari.

- Kematu
Pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan.

Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki.

Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan.

Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.

- Belulang
Seperti kematu, belulang terjadi akibat pengumpulan sel-sel kulit mati pada kaki. Ia akan menebal dan lama-kelamaan menjadi keras.

Ia terbentuk pada bahagian atas sisi dan hujung jari. Amat menyakitkan dan boleh menjadi radang jika ia sering tergesel dengan kasut yang dipakai.

Belulang disebabkan oleh pemakaian kasut yang ketat, kasut tumit tinggi, sarung kaki dan stoking yang terlalu ketat atau kecacatan pada jari kaki.


- Tapak kaki rata
Ia merupakan masalah biomekanikal yang berlaku semasa seseorang berjalan.

Pergerakan semasa berjalan boleh menyebabkan tekanan yang ekstrem atau radang pada tapak kaki.

Mereka yang mengalami masalah ini tidak merasai ketidakselesaannya pada masa yang sama atau langsung tidak merasainya. Tetapi, apabila gejalanya mula timbul dan rasa sakit, cara berjalannya pelik.

- Sakit tumit
Gejalanya dialami pada awal pagi atau selepas berehat dalam jangka masa yang lama.

Ia juga antara masalah yang paling kerap ditemui. Ini kerana seluruh berat badan terpaksa diampu pada tumit. Lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tersebut dan ketidakselesaan yang amat sangat.

Dua jenis masalah tumit ini ialah, sindrom sakit tumit dan plantar fasciitis. Sindrom sakit tumit berpunca daripada tumit kasut yang terlalu rendah, pelapik pada tumit kasut yang rosak atau peningkatan aktiviti secara tiba-tiba.

Manakala, plantar fasciitis disebabkan oleh tapak kaki rata. Apabila ia rata, kaki akan meregang dan menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tapak kaki dan lengkungan tapak kaki.

- Metatarsalgia
Kesakitan nyeri yang dirasai pada tulang-tulang metatarsal iaitu pada bahagian bawah tapak kaki berhampiran jari kaki.

Masalah yang juga paling kerap ditemui ini boleh menjejaskan sendi-sendi dan tulang-tulang pada bahagian tersebut.

Kasut yang tidak sesuai atau kasut yang ketat menyebabkan bahagian ini tertekan. Ia menyebabkan seseorang tidak boleh berjalan dengan normal. Sekali gus, menyebabkan kesukaran ketika berjalan kerana rasa tidak selesa pada bahagian tersebut.

Selain itu, pemakaian kasut tumit terlalu tinggi, atau mereka yang menyertai aktiviti lasak tanpa menggunakan kasut yang sesuai juga boleh menekan bahagian ini.

Peningkatan usia yang menyebabkan lapisan lemak pada bahagian tapak kaki menipis, juga menyebabkan kita lebih mudah rasa sakit pada bahagian tersebut.

- Plantar fasciitis
Radang yang disebabkan regangan pada bahagian bawah tapak kaki. Regangan secara keterlaluan, menyebabkan rasa sakit pada tumit, lengkungan tapak kaki dan tumit.

Biasanya, regangan yang boleh menyebabkan radang dan rasa tidak selesa ini berlaku kerana:


- Tapak kaki rata

- Lengkungan tengah tapak kaki yang dalam

- Peningkatan aktiviti fizikal secara tiba-tiba

- Kehamilan atau berat badan berlebihan hingga membebankan kaki

- Pemakaian kasut yang tidak begitu sesuai.


** Credit : UtusanMalaysia

 

Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?








Trend kasut tumit tinggi kini semakin menjadi-jadi, kerana wanita wanita percaya memakai kasut tinggi membuatkan mereka kelihatan elegan dan berkeyakinan. Tetapi mereka tidak tahu akan bahaya yang mengundang daripada pemakaian kasut tumit tinggi.

Menurut BBC News, trend kasut tumit tinggi yang semakin popular bakal menjadi penyebab utama penyakit arthritis (sakit sendi) di kalangan wanita UK selepas obesiti. Hasil survey yang dijalankan menunjukkan 1/4 wanita daripada keseluruhan 2000 responden mengenakan kasut tumit tinggi sebagai pakaian wajib yang dipakai hampir setiap hari.

Kesan Buruk

Memakai kasut tumit tinggi dengan kerap akan mendatangkan masalah bukan hanya kepada kaki , tetapi kesannya juga dapat dilihat pada bahagian tubuh badan yang lain.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki.

Menurut S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP),

“Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”

Kenapa Kasut Tumit Tinggi Tidak Selamat?

Pertama





Selain menyebabkan kematu, iaitu sebahagian lapisan kulit yang mengeras akibat geseran di antara kasut dan kaki, pembentukan ‘hammertoe’ akan berlaku jika kita memakai kasut tumit tinggi dengan kerap untuk tempoh jangka masa yang panjang. Ini kerana ruang kasut tumit tinggi yang meruncing dan sangat sempit di bahagian hadapan, dan memberikan tekanan yang lebih pada tapak kaki hadapan dan jari kaki. Kecacatan yang terdapat pada jari ke 2,3 & 4 ini pasti tidak dapat diluruskan meskipun anda sudah menanggalkan kasut.

Kedua




Pemakaian kasut tumit tinggi berisiko memendekkan tendon Achilles. Tendon Achilles merupakan penghubung yang menghubungkan otot betis (calf) dengan tulang tumit dan ia berfungsi untuk memastikan jari jari kaki fleksibel ketika berjalan. Tetapi, pemakaian kasut tumit tinggi boleh menjauhkan tapak kaki daripada bersentuhan/selari dengan permukaan tanah, dan ini mengakibatkan tendon Achilles anda tidak dapat ’memanjang’ sepenuhnya. Lama-kelamaan, tendon ini akan menjadi pendek sehinggakan menimbulkan rasa tak selesa apabila mengenakan kasut rata.

Ketiga




Kasut rata akan bertindak mengagihkan berat badan secara sama rata ke seluruh kaki. Tetapi, kasut tumit tinggi bertindak sebaliknya dengan memberikan keseluruhan berat badan pada hujung kaki anda. Semakin tinggi tumit kasut, maka semakin tinggi daya yang dikenakan pada kaki dibahagian jari ini. Jika anda mengenakan kasut tumit tinggi hampir setiap hari, anda pasti akan merasa ketegangan dan kesakitan pada kaki bahagian hadapan anda (osteoarthritis).

Ke-empat



Kesan pemakaian kasut tumit bukan hanya pada kaki, tetapi tulang belakang juga akan terjejas. Ini kerana, perubahan satah tumit menyebabkan badan anda lebih ke hadapan berbanding biasa, dan menyebabkan sakit belakang. Selain itu, ini juga mengakibatkan kedudukan pelvis ‘lari’ sedikit ke hadapan. Untuk menyeimbangkan kembali berat, anda secara semulajadi akan menggerakkan kepala dan dagu sedikit ke hadapan,seterusnya mengakibatkan sakit leher apabila memakai kasut tumit tinggi.

Cara Untuk Mengurangkan Risiko Di Atas

Tumit kasut tidak terlalu tinggi
Pilih kasut tumit tinggi yang hujungnya tidak meruncing,dan pastikan jari kaki anda selesa.
Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga membuatkan kaki melecet!
Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit.

Pemakaian kasut tumit tinggi bukanlah 100% tidak digalakkan, cuma untuk pemakaian yang kerap dalam jangka masa yang panjang mampu memberikan risiko risiko seperti di atas.

Saturday, February 4, 2012

Zirana ZRA 5in1


Zirana ZRA 5in1




KINI 1 SET RM90 + FREE Postage


DAPATKAN SEKARANG UNTUK BENTUK BADAN YANG MENGGIURKAN!!!!

PM/SMS BERMINAT SILA HUBUNGI HOTLINE : 0177641401

ZIRANA 5 IN 1 INFRARED SLIMMING SET

Pakaian dalam yang disulami dengan Cahaya InfraMerah Jarak jauh (Far Infra Red Rays) yang terbukti memberi nafas baru dalam kesihatan, kecantikan dan keanggunan.

Terdapat dalam 1 SET LENGKAP iaitu:

1) SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYUDARA (camisol)- melangsingkan badan dan membentuk payu dara yang mempesona.

2) SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGANG (short pants)- melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.

3) SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGUL ( panties)- mengempiskan perut yang buncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik dan montok.

4) SIRI PEMBENTUKAN LENGAN ( hand sock) - membentuk lengan lebih kemas dan tidak menggeleber

Set ini direka untuk memberi lebih 70% kesihatan dan 30% membentuk kontur keseluruhan badan supaya nampak menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Teknologi pembuatan ZIRANA 5 IN 1 INFRARED SLIMMING SET adalah yang terbaik kerana gabungan pakar-pakar perubatan dan kecantikan Japan.

Fabrik yang terhasil adalah berteknologi tinggi dan canggih.

ZIRANA 5 IN 1 INFRARED SLIMMING SET telah di tenun sulam bersama-sama Sinar InfraMerah Jarak Jauh atau Far Infra Red Rays.


~KEISTEMEWAAN FIR (FAR INFRA-RED)~
•Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh.
•Meningkatkan kadar metabolism.
•Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan.
•Mengelakkan pertumbuhan bakteria.
•Mengeluarkan peluh asid.
•Menggalakkan tumbesaran lebih teratur.
•Mengekalkan kesegaran badan.
•Mengurangkan kandungan asid dalam darah.
•Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit.
•Tidur lebih nyenyak.
•Menghilangkan bau badan.
•Menghilangkan kulat dan fungus.
•Membersihkan udara dalam badan.
•Mengekalkan kepanasan suhu dalam badan.
•Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik


BAGAIMANA CARA PEMAKAIAN?

* MULAKAN DARIPADA ATAS SARUNG KE BADAN
*PAKAI SELAMA 8 JAM SETIAP HARI UTK DAPATKAN KESAN YG CEPAT
* MINUM AIR BANYAK UNTUK MENDAPATKAN KESAN YG LEBIH BAIK
* BASUH PADA WAKTU MALAM, JIKA DIGUNA SIANG HARI.

* Set terdapat dlm 2 warna hitam dan brown

*** PRODUK PALING LARIS DENGAN TEKNOLOGI YG TINGGI

ADA BAJU,SELUAR SMP LUTUT,PANTIES,LENGAN DAN BETIS..

ADA DUA WARNA HITAM DGN BROWN
MUAT SMP XXL.. FREE SIZE XDE CANGKUK XDE ZIP
SO MMG XSAKIT DAN SGT SELESA